Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 51, mendedahkan dirinya pernah hidup susah dan tinggal di kawasan flat sebelum mengecapi kemewahan seperti hari ini. Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, dia juga bukan dilahirkan sebagai anak orang berada. “Saya dilahirkan memang bukan anak orang senang. Ketika arwah bapa pergi menghadap illahi, saya baru berusia 15 tahun dan emak pula seorang suri rumah serta tidak pernah bekerja seumur hidupnya.
“Emak juga terpaksa buat pelbagai kerja termasuk bekerja di kantin sekolah dan arwah Toklah yang menjaga kami adik beradik. Dari situ, saya sudah tengok kesusahan emak bekerja keras untuk membesarkan kami tetapi emak tidak pernah minta bantuan orang lain, pun,” katanya. Namun, kata Che Ta, kehidupannya sekeluarga mula berubah bila dia bekerja sebagai pramugari pada usia 17 tahun dengan gaji mencecah RM5,000 sebulan. “Ketika bekerja sebagai pramugari, saya juga berkahwin dengan juruterbang pada usia 20 tahun tetapi berpisah pada usia 30 tahun.
Selepas berpisah, saya tiada pekerjaan serta turun naik mahkamah ketika itu. Mujur, saya ada duit simpanan dan bila sudah menang kes baru saya dapat duit untuk bayar peguam,” katanya. Che Ta ditemui pada sesi talkshow Kemandirian Wanita bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed. Ketua Penjenamaan dan Editorial Perkeso, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin selaku moderator dalam program yang berlangsung di pusat beli-belah, My Town Kuala Lumpur.
Terdahulu, majlis pelancaran kempen Fiesta Perkeso Membawa Senyuman disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal. Sementara itu, Mohammed Azman berkata, tunggak sesebuah keluarga adalah golongan wanita, ibu dan suri rumah yang tidak bergaji. Menurutnya, sebelum ini suri rumah juga tidak ada sebarang perlindungan jika berlaku kemlngn sewaktu menjalankan tanggungjawab mereka.
“Sebab itu Perkeso memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) untuk melindungi golongan wanita dan suri rumah bawah 55 tahun jika berlaku kemalangan, kecederaan dan penyakit dengan pelbagai faedah termasuk pemergian. Kita adalah negara keempat di dunia yang perkenalkan skim sebegini. “Dengan caruman yang begitu rendah untuk mereka terlindung jika berlaku kejadian tak diingini, kecdrn dan penyakit serta mendapat pelbagai faedah pemergian, pencen bulanan dan dialisis,” katanya. Sementara itu, acara turut disemarakkan dengan kehadiran lebih 10 artis yang turut menjadi pempamer selama tiga hari program PERKESO Membawa Senyuman.
Antaranya Tyzo Xander, Izue Islam, Ako Mustapha, Anne Abdullah, Darling Ngasri, Syanie, Ani Maiyuni, Haleeda, Ayu Damit dan Azza Elite. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.