Ciapan Sophia Albarakbah undang perhatian ramai, sekali ada pula yang suruh tuan badan diam

“Alhamdulillah, God is great!,” itulah ciapan pelakon jelita Sophia Albarakbah yang mengundang perhatian ramai dalam kalangan warganet, semalam. Meskipun tidak menyatakan ciapan itu ditujukan kepada siapa, sesetengah netizen mendakwa Sophia sedang memberi respons tentang kontroversi penyanyi yang pernah menjadi kekasih gelapnya, Aliff Aziz. Terdahulu, industri hiburan tanah air telah digemparkan dengan berita Aliff bersama aktres, Ruhainies telah ditangkap khalwat.

Umum tahu, Sophia juga sebelum ini pernah terlibat dengan kes curang bersama Aliff selepas isterinya, Bella Astillah membongkar kebenarannya. Biarpun kontroversi lampau Aliff bersama Sophia kini bukan lagi tumpuan, sesetengah netizen meluahkan rasa kurang senang dan meminta aktres itu tidak campur tangan. Dalam pada itu, ada juga pihak yang membela Sophia dan menganggap Aliff merupakan masalah utama atas setiap kontroversi tak setia yang berlaku.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.