Pempengaruh media sosial terkenal yang juga model, Dahlia Rizal bersikap terbuka dan izinkan suaminya, Imran Aqil untuk menikah seorang lagi. Menerusi perkongsian TikTok @beauteloungepublika, Dahlia Rizal berkata dia memberi keizinan andai Imran Aqil mempunyai keinginan untuk menambah isteri pada masa akan datang. Dahlia berkata demikian ketika disoal sama ada dia akan memberi izin atau tidak jika suaminya berkeinginan untuk berbuat demikian. “Saya pernah bergurau cakap dekat dia sebab kita tak tahu, hati Allah yang pegang. Kalau dia (Imran Aqil) nak kahwin lagi satu, saya izinkan. Tapi dalam masa yang sama dia perlu mencari seseorang lebih cantik daripada saya,”katanya.
Bagaimanapun, Imran memberitahu dia sukar untuk mencari wanita yang secantik isterinya. “Susah nak jumpa. Tak jumpa langsung. So sekarang misi mencari lah ni,” kata Imran Aqil. Dalam hantaran yang sama, Dahlia turut berkongsi sedikit pesanan buat para wanita yang mahu menamatkan zaman bujang pada usia muda. “I think its depends, kalau you dah jumpa the right one and dia dah ada stable job, stable income and boleh jaga you saya mengalukan untuk kahwin awal. Tapi kalau you tak jumpa lagi and you are not mentally ready, if ada sikit convenience you rasa nak break up maybe not,” nasihatnya.
Untuk rekod, pasangan itu selamat bernikah di Ayer Keroh, Melaka pada September yang lalu selepas setahun mengikat tali pertunangan. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Nordin yang berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Ahmad Rizal. Imran dan Dahlia mengambil keputusan untuk mengadakan majlis pernikahan secara tertutup yang hanya dihadiri ibu bapa, keluarga dan teman rapat. Hanya jumlah mas kahwin kepada Dahlia yang didedahkan, iaitu sebanyak RM300 manakala wang hantaran pula dirahsiakan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.