Muat naik gambar jumpa dengan produksi, ramai yang agak Bella Astillah tarik diri dari berlakon dengan Aliff Aziz dan Ruhainies

Hangat diperkatakan tentang kontroversi pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang telah ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium baru-baru ini. Dalam masa yang sama, isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan isu tersebut. Terbaharu, Bella telah memuat naik satu hantaran di Instagram memaparkan gambar dirinya berjumpa dengan seorang penerbit drama ‘Terjerat’ iaitu Dato’ Sri Jaspal. Menerusi posting itu, Bella seolah-olah menarik diri daripada berlakon bersama suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies dalam drama tersebut.

“Assalamualaikum. Cerita semalam, Terima kasih Dato’ Sri Jaspal, Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi. Salam Ramadan.” Bagaimanapun, Bella berharap agar dapat bekerjasama lagi dengan produksi yang sama pada masa akan datang. Dalam hantaran itu, Bella juga memuat naik tangkap layar dirinya sudah dikeluarkan daripada group WhatsApp lakonan drama tersebut.

Hantaran yang baru sahaja dimuat naik sejam lepas telah mendapat pelbagai reaksi warganet. Rata-rata daripada mereka tidak menyalahkan pihak produksi dan memahami keputusan yang dilakukan oleh Bella Astillah. Bella juga turut dipuji ramai kerana nampak sopan mengenakan tudung ketika berjumpa dengan pihak produksi. Ada juga yang mendoakan yang terbaik untuk Bella Astillah.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.