TIDAK pernah tampil berdua dalam mana-mana program televisyen bersama suami, penyanyi Datin Alyah terbuka jika ada tawaran ke arah tersebut. Bagaimanapun kata Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 43, tawaran tersebut perlu dibuat kerana statusnya sebagai seorang selebriti dan bukan sekadar penampilan isteri kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS. “Tiada masalah tampil bersama suami dalam mana-mana program televisyen sekiranya tawaran itu datang dengan betul.
“Sebelum ini ada jemput tapi hanya sebagai isteri Tok Ram (Ramli), sedangkan saya juga seorang selebriti. Saya pun ada value sendiri. Sepatutnya tawaran itu datang atas nama saya sebagai Alyah,” katanya. Alyah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Twomee baru-baru ini. Lebih 10 tahun melayari kehidupan rumah tangga, Alyah mengakui mereka juga melalui fasa turun naik seperti mana kebanyakan pasangan berkahwin lain.
Apa paling penting kata Alyah, dia sebagai isteri menjalankan tanggungjawab dengan baik dan selebihnya menyerahkan kepada ketentuan Allah. “Jika ada masalah berlaku di masa akan datang, ia tetap akan tejadi. Saya tidak boleh nak jangka semua itu. Sebagai isteri saya laksanakan tugas sebaik mungkin. Saya juga tidak pernah nak periksa telefon atau mesej suami. Kalau ada masalah, pasti Allah akan tunjukkan. Hanya satu amalan saya buat, setiap kali saya atau suami keluar rumah, saya ‘bekalkan’ surah al-Fatihah dan ayat Kursi dan berharap semuanya baik-baik,” ujarnya.
Untuk rekod, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada 2013 di Indonesia. Bercakap tentang penglibatan bersama produk Twomee, Alyah sebagai duta berharap dapat membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan sampingan. “Kita lihat banyak produk di luar sana, namun kali ini saya percaya dengan kualiti. Penglibatan ini memberi peluang untuk saya belajar dengan lebih mendalam tentang penghasilan produk. Saya harap menerusi produk ini ia membuka peluang kepada lebih ramai usahawan kecil untuk tambah pendapatan menerusi jualan sebagai ejen atau stokis,” jelasnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.