Risteena nak saman pada yang sebarkan cerita tak betul, ini pula respon Ellie Suriaty pasal kes Ruhainies dan Aliff Aziz

PELAKON Ellie Suriaty menegur Risteena Munim yang bercakap bagi pihak adiknya, Ruhainies kerana memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu menyebarkan fitnah susulan isu khalwat. Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, berpendapat, satu perbuatan tidak beradab apabila adik kepada aktres berkenaan melakukan pengkhianatan terhadap kawan baik sendiri. “Tak manis, tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya tapi bawa balik suami kawan baik itu ke rumah berkali-kali,” katanya. Ellie menulis perkara itu menerusi satu hantaran ruangan komen di Instagram.

Dalam pada itu, Ellie menyifatkan sikap negatif Ruhainies adalah satu pengkhianatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang sahabat. “Kawan baik tu langsung tak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecrngn yang jahat dari seorang kawan baik. Nak saman?” soalnya. Lebih mengejutkan apabila Ruhainies dan isteri Aliff iaitu Bella Astillah merupakan sahabat baik dan video gurauan apabila Bella mendukung kawannya itu turut disebarkan. Ellie bagaimanapun sempat membalas komen yang ditinggalkan warganet dan memberitahu sebagai anak seni mereka mempunyai batas pergaulan sewaktu berlakon lebih-lebih lagi apabila berstatus suami orang.

Menurut Ellie, sebagai guru lakonan dia mendedahkan tiada perasaan di luar karakter yang dibawa melainkan wujud cinta lokasi antara pelakon. “Selalunya kami yang bekerja dalam industri kreatif ini, kita jaga ruang dengan rakan lakon terutamanya suami orang… Lebih-lebih lagi pelakon lelaki itu suami kawan baik sendiri… Siapa pula yang ajar nak kena ‘berlakon’ kononnya nak kena feel lebih antara dua hero dan heroin? Yang feel terlebih tu diri sendiri. Tuntutan watak boleh sahaja panggil ‘kau aku’ tapi bila kamera roll watak yang berperanan, bukan personaliti diri kita yang menguasai watak itu.

Kalau diri kita yang berperanan, maka watak itu tidak menjadi… yang jadi adalah layan cinta lokasi tapi watak kelaut. Saya seorang guru lakonan,” jelasnya. Tambah Ellie, sikap Ruhainies disifatkan tidak berhati perut kerana sanggup memuat naik video mesra bersama Aliff di media sosial biarpun hanya sekadar lakonan di set penggambaran. “Itulah jenis kawan tidak ada sikap perikemanusiaan, tak ada hati perut. Sangat biadap sikapnya muat naik video mesra luar biasa di set penggambaran feeling-feeling dengan suami kawan baik,” ujarnya.

Dalam sebuah laporan media, Risteena memberi amaran kepada netizen agar berhati-hati menulis komen terhadap situasi yang berlaku kepada Ruhainies berikutan kejadian ditangkap khlwt bersama Aliff Aziz. Kata Risteena, adiknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada individu yang mengeluarkan sebarang spekulasi berbaur fitnah. Pada Sabtu lalu, Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz ditahan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Isteri Aliff iaitu Bella Astillah turut dilihat hadir ke Jawi susulan penahanan suaminya namun tidak dapat memberi sebarang kenyataan kerana masih terkejut. Mereka yang ditahan bagi membantu siasatan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang hari sama. Difahamkan mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. Ruhainies dan Aliff kini sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama berjudul Terjerat bagi siaran Iqiyi.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.