Bawa sekali nama ayah dan atuk, Emma Maembong kongsikan asal usul nama Maembong

Pelakon jelita, Emma Maembong mendedahkan tentang kisah nama pentas yang diambil bersempena nama bapanya, Ismail dan datuknya, Embong. Menerusi sesi siaran langsung di media sosial, Emma dilihat sedang berinteraksi dengan pengikutnya dan salah seorang daripada mereka bertanyakan tentang asal usul namanya. Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, dia telah diminta untuk memberikan nama pentas ketika awal kemunculannya di kaca televisyen. Klik sini untuk lihat video.

“Saya tak tahu yang artis kena ada nama artis. Masa saya berlakon drama pertama, mereka minta saya nama untuk letak dekat TV. Kemudian saya bagi nama Fatimah Rohani sebab itu nama saya. Tetapi mereka suruh saya bagi juga nama artis. ‘Pakai nama Emma la sebab ramai yang panggil. Tapi nama belakang..takkan Emma Rohani?’” Setelah cadangan awalnya ditolak, aktres berusia 32 tahun ini kemudian mendapat idea untuk menggunakan nama gabungan bapa dan datuknya.

“Fikir punya fikir, saya teringat nama ayah. Ayah saya pelukis negara, kalau korang pernah pergi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan tengok lukisan sejarah Melayu itu ayah saya yang lukiskan. Ayah saya akan tanda tangan dekat lukisan dan dia akan letak nama Maembong sebab nama ayah saya Ismail nama atuk saya Embong jadi dia gabungkan nama dia dengan nama atuk.” Pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini kemudian memutuskan untuk menggunakan nama tersebut sebagai nama pentas selain menjadikan ia satu penghormatan terhadap pencapaian bapanya.

“Ayah memang dah bawa nama Maembong tu sehingga menjadi besar dalam dunia seni lukisan. Jadi saya fikir saya nak perkembangkan lagi nama itu dan ambil nama Maembong, letak di belakang nama Emma. Kiranya saya bawa nama ayah dan atuk sekali.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.