Di saat ramai pihak mengkritik tindakan pempengaruh Hafiz Mahamad, berhimpit untuk mencium Hajar Aswad, pelakon dan pengarah Erma Fatima tampil mempertahankan usahawan itu. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Erma menyatakan perbuatan Hafiz itu menunjukkan situasi sebenar yang perlu dihadap sekiranya ingin mencium Hajar Aswad. Dedah Erma, 55, dia pernah bersesak-sesak demi membantu rakan-rakan lain yang belum berkesempatan mencium Hajar Aswad yang terletak di Kaabah. “Inilah hakikatnya yang harus dilalui kalau kita nak cium Hajar Aswad. Itu kebenarannya. Tak usaha macam itu memang tak akan dapatlah. Aku percaya dia tak berniat untuk konten kerana aku pun pernah lalui situasi itu. Aku sanggup redah semata-mata nak bagi kawan-kawan yang tak pernah dapat cium Hajar Aswad.
Memang bukan sesuatu yang wajib tetapi nikmatnya bila dapat cium adalah siapa saja yang pergi nak rasa. Cuma tahap kesanggupan untuk redah itu bergantung pada diri masing-masing.” Dalam pada itu, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali memuji Hafiz kerana telah berjaya membantu sahabat lain merasa nikmat mencium Hajar Aswad. “Allah tahu niat dia untuk bagi semua sahabatnya merasa nikmat itu. Mungkin hanya orang yang pernah berada di situ akan faham kenapa dan mengapa. Walaupun dia seorang influencer, saat dia lakukan itu bukan kerana dia influencer tapi satu perjuangan. Aku pernah buat itu dan aku panggil perjuangan itu gerak gempur. Its okay Hafiz.. kau berjaya memberi sahabatmu menikmati rasa itu.”
Sebelum ini, Hafiz mendedahkan bahawa staf-stafnya teringin untuk mencium batu suci Hajar Aswad. Hafiz dan pekerjanya berdepan dengan cabaran perlu berhimpit dengan jemaah lain yang juga ingin mencium batu suci tersebut. Pencipta kandungan berusia 31 tahun kemudiannya mengambil keputusan untuk ‘bergelut’ sehinggakan kain ihram yang membaluti badannya tertanggal dan akhirnya mereka berjaya.
Susulan dikecam ramai orang, Hafiz tampil memberi penjelasan dengan menekankan video dimuat naiknya itu bukan ‘content’ yang dibuat untuk mencari perhatian hingga ibadahnya terabai. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.