Pelakon kontroversi, Fathia Latiff memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan menjadi asbab dirinya keluar agama Islam. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh sebuah akaun di laman TikTok, dia meluahkan rasa bengang apabila kerap menjadi bahan kutukan warganet sehingga menganggu keadaan mentalnya. Katanya, dia bertindak melakukan aktiviti tidak bermoral seperti minum ark, memakai pakaian tidak sopan dan menjadi kfir adalah disebabkan perbuatan warganet sendiri. Klik sini untuk lihat video.
“Satu benda aku nak cakap kat korang (warganet), jangan sampai aku keluar agama sebab korang tau. Apa yang korang buat kat aku ni, aku minum ark ke, pakai short pants ke, aku jadi kfr ke sebab aku bengang dengan korang,” ujarnya. Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 36 tahun itu turut berpendapat tiada guna seseorang beribadah jika menzlmi saudara sesama Islam. “Aku tak berdosa, korang yang akan masuk api neraka sebab korang yang push-push aku. Jangan sampai korang beribadah 100 tahun pun tak guna tau sebab korang buat seorang saudara ataupun saudari korang jadi macam ini.
“Buat orang marah, sakitkan hati, Allah boleh maafkan tapi kalau manusia belum tentu dia boleh maafkan. Salam Ramadan sekian,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memohon maaf kepada pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose itu meskipun tidak pernah membuat kesilapan terhadapnya.
Dalam pada itu, ada segelintir warganet menitipkan kata-kata semangat buat Fathia untuk terus kuat meneruskan kehidupannya dan berharap agar kesihatannya kembali sihat seperti sebelum ini.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.