Muat naik video terbaru jadi perhatian warganet, Watie akui sebenarnya Shuib dah tegur pasal baju

Selepas bergelar isteri kepada pelawak iaitu Shuib, usahawan Watie Hanifiah sering menjadi perhatian ramai. Ketika ditemui Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menjelaskan tentang hantaran dimuat naik di Instagram (IG) yang telah mengundang kritikan warganet. Menurut Watie, Shuib ada menegurnya tentang video berkenaan namun dia mengambil keputusan untuk tetap memuat naik hantaran tersebut.

“Sebenarnya suami dah cakap jangan. Dia ada tegur, ‘apa baju tu?’. Saya pula rasa macam okay, jadi saya upload.” Watie berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama Indigital Music x FYP Media yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu. Terdahulu, menerusi hantaran yang dimuat naik di IG semalam, Watie berkongsi sebuah video dengan mengenakan dres berwarna merah jambu.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah menimbulkan perasaan kurang senang bagi segelintir warganet. Warganet kemudian menasihati usahawan berusia 35 tahun itu untuk melabuhkan tudungnya. Namun, tinjauan mendapati Watie telah bertindak menutup ruangan komen selepas video itu dihujani kritikan. Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.