Tulr video Hafiz Mahamad berhimpit depan Hajar Aswad, sekali ini pula penjelasan dari bekas mufti

TULAR video usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad yang sanggup berhimpit dalam kesesakan orang ramai di hadapan Kaabah bagi memastikan pasukannya berpeluang mencium Hajar Aswad ketika mengerjakan umrah. Video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dengan rata-ratanya mempersoalkan kewajaran Hafiz berbuat demikian hingga kain Ihram yang membaluti tubuhnya tertanggal hingga menampakkan badan. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, mencium Hajar Aswad merupakan ibadah tetapi perbuatan itu adalah sunat. Klik sini untuk lihat video.

Menurutnya jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain atau membahayakan, hukum mencium Hajar Aswad adalah haram. “Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari. Agak janggal apabila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya,” katanya di laman X, pada Ahad malam. Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, ramai yang didapati memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial.

“Jika ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah trend yang merugikan itu. Sewajarnya di hadapan Baitullah, fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepadaNya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan masa untuk mencipta content,” katanya sambil menambah bahawa umrah adalah ibadah, dan bukan pelancongan ‘kerohanian’.” Terdahulu, Hafiz memuat naik video menunjukkan dia berusaha keras membantu sekumpulan pekerjanya termasuk jemaah wanita untuk mencium Hajar Aswad sewaktu mengerjakan umrah.

“Mereka teringin sangat, kita cuba usahakan. MasyaAllah semua dengan izinNya. Dari semalam lagi Aina (isteri) cakap ada team nak ke Hajar Aswad. Abang boleh bawakan? Boleh. Tapi malam awak kena urut pinggang. Alhamdulillah, semoga jadi kenangan untuk team semua,” katanya. Bagaimanapun menerusi video berdurasi tiga minit itu, keadaan kelihatan bersesak-sesak sehingga sebahagian kain ihramnya terbuka. Dalam pada itu, Hafiz menafikan perbuatannya itu hanya sekadar content di media sosial semata-mata. “Saya bukan orang yang begitu. Jika awak pandang begitu, begitulah yang awak nampak,” kata Hafiz bagi menjawab komen salah seorang warganet yang mendakwa video itu dijadikan sebagai content media sosial.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.