Kisah rumah tangga pelakon Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz mendapat perhatian ramai selepas penyanyi lelaki kelahiran Singapura itu ditangkap berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies baru-baru ini. Terbaharu, ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Zarinah ada memuat naik satu video memaparkan momen-momen dia dan suami bersama anak kesayangannya itu, Bella. Namun apa yang menjadi tumpuan ramai adalah kata-kata yang tertulis pada video tersebut. “Pesan ibu, jika lelaki itu menyakitkan hatimu pulanglah ke pangkuan keluargamu, mereka akan selalu ada untukmu.” Klik sini untuk lihat video.
Meskipun Zarinah atau lebih mesra dengan panggilan Eina tidak menjelaskan secara terperinci namun hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan berkaitan dengan kontroversi yang membabitkan rumah tangga anaknya. Terdahulu, media melaporkan suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita iaitu Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.