Muka nampak tenang je dapat cium Kaabah, ini pula respon Nazim Othman bila ada yang bandingkan dia dengan Hafiz Mahamad

Nama influencer serta usahawan Hafiz Mahamad menjadi bualan ramai susulan tindakannya yang membuat kecoh di kawasan Kaabah bagi membolehkan pekerjanya mencium Hajar Aswad. Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri, hukum mencium Hajar Aswad itu sunat serta boleh jadi haram jika menyebabkan kesakitan dan membahayakan kepada diri sendiri dan orang lain. Sejak beberapa hari lalu, sebuah video kembali tular di media sosial yang memaparkan pelakon terkenal tempatan iaitu Nazim Othman berkesempatan mencium sisi lain Kaabah iaitu Penjuru Yamani dengan tenang sambil tersenyum.

Video berkenaan kemudiannya dibandingkan dengan video influencer tersebut serta rata-rata memuji ketenangan pelakon Dejavu Di Kinabalu itu. “Niat tu hanya Allah yang tahu”. Susulan tular video tersebut, Nazim Othman berkata dia menganggap itu rezeki buatnya serta enggan memberikan sebarang komen apabila dibandingkan dengan Hafiz Mahamad. Nazim juga berkata, video lamanya yang kembali viral itu membuatkan ramai yang lebih cakna tentang keadaan di tanah suci itu dan secara tidak langsung dapat mengajak orang ramai untuk beribadah di sana jika terdapat peluang.

“Walaupun saya ni pendosa, Allah mudahkan urusan aku. Bagi saya keikhlasan tu penting lah, buat influencer tu bukan saya kata dia tak ikhlas, bukan position saya untuk menentukan keikhlasan seseorang,” katanya. Selain itu, Nazim turut berkongsi dia berasa terharu apabila ramai yang memberikan komen positif buatnya dan menganggap ianya satu ‘teguran kecil’ daripada Allah agar tidak dia menyimpang. Sumber: Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.