Hafiz Mahamad hulurkan bantuan pada keluarga rumah hangus sebelum Ramadan, tak sangka ini jumlah wang yang dia beri

Usahawan, Hafiz Mahamad tampil bantu sebuah keluarga yang terjejas akibat rumah hangus terbakar dalam sebuah kejadian yang berlaku dua hari sebelum Ramadan. Sebelum ini, tular sebuah video menyayat hati ramai memaparkan tiga orang individu yang dipercayai penghuni rumah tersebut menangis teresak-esak menatap kediaman mereka musnah di depan mata. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di rumah kampung terletak di Jalan Lahar Yoor, Pulau Pinang. Klik sini untuk lihat video.

Tidak berdiam diri, usahawan yang juga pempengaruh itu turun hadir melawat keluarga mangsa terjejas bagi melihat sendiri keadaan mereka selain menghulurkan bantuan. Menerusi video dimuat naik, Hafiz dilihat melawat dan bertegur sapa dengan pemilik rumah yang hangus terbakar bagi bertanya khabar. Usahawan kosmetik itu juga menasihati agar pemilik rumah berkenaan agar terus kuat menghadapi ujian hidup, lebih-lebih pada bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“Insya-Allah, semua ini selesai. Jangan fikir banyak-banyak. Insya-Allah,”ujarnya. Dalam pada itu, Hafiz turut mengeluarkan cek bernilai RM30,000 untuk diberikan sebagai sumbangan kepada keluarga berkenaan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka. “Insya-Allah, saya ikhlaskan sebahagian harta perniagaan,.Tak banyak saya dapat bagi tapi harap cukup meringankan untuk kos pembinaan rumah nanti,”kata Hafiz Mahamad. Maklum Hafiz, pasukannya juga hadir ke lokasi kejadian bagi berjumpa dengan pihak kontraktor dan memaklumkan rumah tersebut dijangka siap pada Hari Raya Aidiladha nanti.

Di kesempatan itu, dia juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang sudi membantunya terutama menghulurkan maklumat mengenai keluarga terbabit. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.