Setiap hari kongsikan juada berbuka dan sahur, Khairul Aming akui dia tetap kawal diet pemakanan hariannya

Nama pempengaruh Khairul Aming tidak perlu diperkenalkan lagi kerana perkongsian resepinya pada bulan Ramadan sememangnya dinanti-nantikan oleh orang ramai. Meskipun Khairul Aming aktif berkongsi resepi untuk juadah berbuka puasa dan sahur, namun ia sekali pun tidak menghalang personaliti daripada terus menjaga diet pemakanan hariannya. Dalam hantaran terbaharu dimuat naik personaliti berusia 32 tahun, Khairul Aming memaklumkan dia tetap menjaga dan mengawal diet pemakanan hariannya. Klik sini untuk lihat video.

“Untuk sahur, saya makan makanan yang tinggi protein seperti ayam bakar dengan menggunakan air fryer dan telur mata. Tapi sahur ini, saya biasa nak ada selera sedikit. Jadi, saya perlu paksa telan (makan sahur). Selepas habis semua, saya minum dua gelas air kosong. Itu sahaja untuk sahur,” kongsinya. Ujar pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram pada bulan lalu dan berharap dapat menurunkan lagi beberapa kilogram pada masa akan datang.

Bagi memastikan dirinya kekal aktif dan sihat, dia turut pergi ke gimnasium bagi melakukan senaman sebelum berbuka puasa. Pesannya, dia amat mementingkan soal pengambilan makanan pada waktu sahur bagi memastikan dirinya kekal bertenaga untuk bersenam. “Petang itu, dalam pukul 3.30 petang saya akan pergi ke gim untuk melakukan latihan kekuatan (weight training). Saya akan bersenam pada setiap hari kecuali hari hujung minggu untuk berehat. Kemudian, saya akan pergi berbuka puasa,” kongsinya lagi.

Dalam hantaran yang sama, Khairul Aming sempat berseloroh dan memaklumkan apa yang dimasakkan dalam perkongsian video resepi ‘dihabiskan’ oleh rakan-rakan serumahnya. Akuinya, dia juga pergi ke bazar Ramadan bagi membeli makanan yang diidamkannya pada bulan Ramadan, namun tetap mengawal pengambilan harian. Di akhir video, Khairul Aming tinggalkan pesanan kepada pengikutnya agar mengawal pengambilan makanan dan rajin bersenam, lebih-lebih mereka yang rajin memasak dan suka akan makanan.

Sebelum ini, Khairul Aming berkongsi perjalanannya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram (kg) sepanjang tahun 2023 sehingga menjadi bualan ramai. Kongsinya, adalah tidak mudah buat dirinya untuk mencapai kejayaan tersebut selain terus berusaha dan istiqamah menjayakan misi nak sihat 2023.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.