Produk dijual dengan harga tiga kali ganda, Khairul Aming tegaskan tak pernah jual produk secara runcit

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming tegaskan tak pernah jual runcit Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi susulan tular beberapa gambar produk-produk keluaran syarikatnya dijual di sebuah pasaraya. Menerusi ciapan yang dibuat oleh pengguna X dikenali sebagai folkloreswifty, dia telah menemui penjualan Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi di sebuah pasaraya di Sarawak.

Lebih mengejutkan adalah harga yang dinyatakan tiga kali ganda lebih mahal daripada harga di atas talian. Tak hanya itu, mereka juga menyediakan rak kotak yang tidak pernah dilihat di mana-mana platform media sosial Khairul Aming. Susulan daripada perkongsian tersebut, Khairul Aming telah merespon ciapan yang dibuat pengguna X berkenaan dengan menjelaskan bahawa pihak mereka tidak pernah menjual produk secara runcit di mana-mana kedai.

Mereka juga tidak menyertakan rak kotak tersebut dan harga ditawarkan di platform atas talian hanya RM13.99 dan RM14.99 sahaja. Oleh sebab itu, usahawan berkenaan menasihati orang ramai supaya mengelakkan diri daripada membeli produk-produk tersebut kerana dikuatiri berlaku penipuan seperti yang pernah terjadi kira-kira tiga tahun lalu. “Kotak display warna merah ni pun tak tahu datang dari mana, bukan kita yang print. Please buy from our online store sahaja untuk elakkan isu sambal ciplak yang basi macam 3 tahun lepas,” ujar Khairul Aming.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pandangan bahawa tindakan reseller ini sangat tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi dengan mengenakan harga yang cukup tinggi daripada harga asal.

Ada juga yang berpendapat boleh jadi kedai terbabit telah mengupah staf sendiri untuk membeli secara pukal sewaktu Khairul Aming mengeluarkan stock di platform atas talian dan dijual semula secara runcit. Cara tersebut dapat mengaut keuntungan apabila peminat produk pempengaruh tersebut membeli daripada mereka dengan harga yang sudah digandakan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.