Ramai yang anggap Memey Suhaiza tak sensitif sebab muat naik video berbuka puasa dengan Marissa

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai tindakan pelakon Norman Hakim yang menegur sikap bekas isteri, aktres Abby Abadi yang terlalu berkongsi mengenai isu anak mereka, Marissa Dania di media sosial. Terbaharu, nama isteri Norman iaitu aktres Memey Suhaiza pula yang menjadi sasaran warganet apabila dia memuat naik hantaran berbentuk video di Instagram miliknya. Video berkenaan memperlihatkan Memey sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga. Klik sini untuk lihat video.

“Dah dua hari cuti masak sebab buka luar. Back to normal rutin mummy (panggilan Memey). Itu pun ada ulang menu, perasan tak? Sebab saya masak ikut permintaan masing-masing. Kalau anak nak menu sama setiap hari pun saya buat, janji makan habis. Alhamdulillah.” Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian dalam video tersebut adalah kelibat Marissa yang sedang duduk di meja makan sambil menunggu waktu berbuka.

Susulan itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendakwa dan menyifatkan Memey tidak sensitif mengenai isu yang sedang berlaku antara Norman, Abby dan Marissa. Malah, warganet meminta aktres itu untuk memahami situasi yang sedang hangat diperkatakan orang ramai. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.