Pasti ada hikmah yang besar, Mila Jirin bengang bila Aliff Aziz buat dekat Bella Astillah macam ni

Penyanyi, Mila Jirin meluahkan rasa kesal dengan kejadian yang menimpa pelakon, Bella Astillah. Mila menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya berkata sudah tiba masanya untuk Bella mencari kebahagiaan buat dirinya sendiri. “Aku tak boleh brain dengan lelaki macam ni! Bella ni punya lah baik. Aku ingat lagi, waktu PKP Bella banyak tolong aku review Nasi Arab Bizmilla. Lemah lembut orangnya dan sangat tak berkira. Bella, awak wanita hebat. Dah Sampai masa awak fikirkan diri awak dan cari kebahagian yang hakiki.

Akak yakin Bella, Allah beri ujian ini pasti ada hikmah yang besar buat Bella dan anak anak. #StayStrongBella #WeSupportBELLA,” tulisnya. Terdahulu, tular laporan media apabila seorang selebriti berstatus suami orang dilaporkan berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah. Turut tersebar di media sosial, video menunjukkan Bella bersama Didi dan penyanyi Adira Suhaimi hadir ke pejabat agama. Sementara itu, pihak kami sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Risteena berhubung dakwaan adiknya, Ruhainies ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.