Setelah sekian lama menyepi, ini pula penjelasan Aliff Aziz pasal kes yang tular baru ni

Tidak lama selepas pelakon Ruhainies membuat penjelasan di laman Instagram (IG), pelakon Aliff Aziz turut bersuara mengenai dakwaannya terbabit dalam kes khlwt di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di IG, penyanyi kelahiran Singapura itu menjelaskan tujuannya ke rumah Ruhainies adalah untuk makan malam bersama keluarga pelakon itu. “Pada awal hari kejadian, kami baru selesai menjalani penggambaran. Dalam perjalanan pulang ke KL, kami bertolak secara konvoi bersama PA Ruhainies.” Sementara itu, suami kepada pelakon Bella Astillah akui kekhilafannya dan menjelaskan dia sepatutnya menunggu di lobi sementara menanti Risteena tiba di rumah Ruhainies.

“Semasa sampai di kondominium, saya bantu untuk bawa barang shooting miliknya ke atas sementara menunggu kakaknya yang masih dalam perjalanan. Cara yang betul adalah, kita sepatutnya tunggu di lobi. Tapi, sebab tak terfikir ia akan bawa ke situasi yang tidak dijangka, saya naik ke rumahnya.” Dalam pada itu, Aliff akui kesilapannya dan memohon maaf kerana tindakannya itu telah menimbulkan fitnah orang ramai. “Saya anggap ini sebagai ujian yang akan saya jadikan pengajaran dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Dan disebabkan kekhilafan saya ini, akibatnya bukan sahaja merosakkan reputasi saya, tetapi juga keluarga.”

Pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota. Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff. Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Kemudian, pada Isnin, Bella telah menfailkan penceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebutan kali pertama telah berlangsung pada Rabu. Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan dan alasan diberikan kerana sedang menjalani penggambaran drama siri Terjerat. Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah berpisah pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.