Fokus untuk uruskan keluarga, Raja Farah bukan merajuk rupanya dia menyepi dari industri hiburan sebab ini

Pelakon dan pengacara, Raja Farah menafikan dirinya merajuk dengan industri hiburan tanah air selepas 15 tahun menyepi. Menurut Raja Farah atau nama lengkapnya, Raja Farah Raja Aziz, dia tidak mendapat tawaran berlakon sejak mula berhijrah lagi dan kini fokus menguruskan keluarga. “Saya memang tidak aktif berlakon dan sekarang hanya aktif tugas sebagai ibu selain perniagaan. Rasanya hampir 15 tahun saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

“Sejak mula penghijrahan saya memang sudah tidak banyak tawaran yang diterima. Mungkin ketika itu tidak banyak skrip untuk wanita bertudung. Jadi tiada istilah merajuk dengan industri seni. “Kemudian ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, sebab itu saya semakin tidak aktif berlakon. “Dalam masa sama ada juga rasa lega kerana anak-anak tidak terkena tempias dunia glamor dan mereka boleh menikmati kehidupan kanak-kanak seperti biasa,” ujarnya.

Tambah Farah yang kini hamil anak keempat itu turut memaklumkan sekarang bukanlah masa yang sesuai baginya untuk berlakon kembali kerana masih mempunyai anak kecil. “Sekarang usia kandungan saya sudah masuk lima bulan. “Kalau nak berlakon pun bukan dalam masa terdekat. Tunggulah anak besar sedikit. “Saya juga tidak mahu susahkan produksi kerana perlu ikut jadual saya. Jadi apabila sudah bersedia nanti saya akan kembali aktif,” jelasnya. Untuk rekod, Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.