Baru-baru ini, hangat di media sosial mengenai berita kehilangan seorang remaja 12 tahun sejak 12 Mac lalu. Bagaimanapun, setelah beberapa hari, remaja tersebut telah ditemui. Difahamkan adik Siti Dhia Batrisyia Chairil Anwar ditemui bersendirian di belakang sebuah kedai mamak dan dia dijumpai oleh individu lain. Susulan itu, dalam satu video temuduga bersama @Scoopdotmy, si ayah meluahkan rasa syukur apanila puterinya itu akhirnya ditemui dengan usaha dan berkat doa orang ramai. Klik sini untuk lihat video.
Jelas Mohd Chairil Anuar Mahmud lagi, dia akan cuba mengawal ketegasannya dengan anak-anak bahkan dia nasihatkan kepada orang ramai dan dirinya sendiri agar layan anak seperti kawan, tak perlu terlalu lembut dan tak perlu terlalu tegas. “Bila saya tegas sangat, garang sangat dengan anak, jadi macam ni lah, saya tak nak berulang lagi, kalau ada apa-apa kena bawa berbincang.” Dalam pada itu, adik Siti Dhia pula menjelaskan punca kenapa dia tidak mahu pulang, katanya dia ponteng bersebab, namun bimbang ibu ayah akan memarahinya dan itu akan jadi penyebab dia rasa takut dan keluar dari rumah.
Adik Siti Dhia juga turut memohon maaf kepada orang ramai atas tindakannya yang telah menimbulkan kekecohan dan kebimbangan orang ramai. Biarpun segala persoalan terjawab dan keluarga telah memberikan penjelasan, dilihat ada warganet yang kurang gemar apabila menonton video ini.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.