Doakan ank jadi wanita solehah, Shuib luah rasa sebak bila satu satunya ank perempuan dah melangkah ke alam dewasa

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sebak apabila anak gadisnya, Dzakira Talita Zahra telah ‘melangkah ke alam dewasa’ sebelum mereka berbuka puasa. Perkara tersebut dikongsikan oleh Shuib di Instagram apabila memuat naik momen sewaktu memeluk sambil menangis mengenangkan satu-satunya anak perempuannya bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sudah pun menjadi ‘anak dara’. Dalam perkongsian yang dibuat usahawan terbabit, dia mengatakan yang momen tersebut akan dikenang sampai bila-bila serta mendoakan anak gadisnya menjadi seorang wanita yang solehah serta hebat di dunia dan akhirat. Klik sini untuk lihat video.

“Harini akan kita kenang smpi bila2 Talita. Semoga menjadi Wanita solehah,wanita hebat dunia akhirat,” tulisnya. Pemilik nama sebenar,  Shahmira Muhammad, 39, juga bertanyakan adakah dia sahaja yang berasa sebak apabila melalui fasa tersebut atau ada lagi golongan bapa yang turut sama menangis sepertinya sewaktu mengetahui anak gadis sudah meningkat dewasa. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tinggalkan maklum balas di ruangan Instagram selebriti berkenaan. Walaupun ada yang kurang setuju dengan perkongsian yang dibuat Shuib, namun ramai juga yang mengakui sebak jika melihat anak-anak sudah semakin membesar lebih-lebih lagi waktu yang berjalan langsung tidak terasa.

Sekadar info, Shuib Sepahtu telah dikurniakan empat orang cahaya mata sepanjang mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan. Pada 23 Jun 2023, Shuib sah bergelar suami sekali lagi apabila bernikah dengan Watie Hanifiah selepas hampir dua tahun bergelar bapa tunggal.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.