Pertama kali muncul lepas kecoh isu kahwin di Thailand, kali ni tular video Marissa Dania dan Aslam jadi model

Baru-baru ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania sedang melakukan photoshoot bersama Aslam. Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok, Marissa Dania dan Aslam bagai pinang dibelah dua apabila masing-masing menggayakan busana berwarna hitam. Mereka yang juga merupakan model bagi satu jenama pakaian tempatan itu dilihat melakukan beberapa posing untuk mempromosikan pakaian sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Susulan daripada video tersebut, rata-rata wargamaya mendakwa Marissa dan Aslam sama sekali tidak kelihatan seperti kekok apabila bergandingan bersama. Malah, perkara itu menguatkan lagi dakwaan mereka bahawa pasangan itu sebenarnya sudah berkahwin seperti berita yang tular sebelum ini. Hasil tinjauan, Misya Mazlan iaitu isteri pertama Aslam turut merupakan salah seorang model bagi jenama pakaian tersebut.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.