Kembali bangkit cari rezeki demi keluarga, Datuk Red berjaya meraih RM78k sehari hasil jualan biskut raya

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu kembali bangkit dengan jual biskut raya di platform TikTok, baru-baru ini. Datuk Red yang juga isteri kepada penyanyi terkenal Adira Suhaimi juga didakwa memperoleh pendapatan sebanyak RM78,000 sehari hasil jualan biskut Red Velvet. Ia dapat dilihat menerusi jualan di TikTok Shop apabila biskut yang dijual pada harga RM35 sebalang laris terjual melebihi RM2,000 balang. Wow! Satu perkembangan positif buat Datuk Red untuk kembali bangkit mencari rezeki demi keluarga.

Bukan itu sahaja, malahan platform live TikTok jualan ahli perniagaan itu turut mendapat lebih daripada 15,000 jumlah tontonan. Ahli perniagaan itu juga dilihat tidak lagi kekok dan janggal melakukan jualan secara dala talian, sebaliknya semakin petah dalam mempromosikan barangan jualannya. Malah, dia juga dilihat rajin melayan dan menjawab setiap soalan yang diajukan oleh pengguna media sosial. Sebelum ini nama Datuk Red menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan di mana dia kini tidak bekerja dan mempunyai masalah kewangan.

Bapa kepada 11 anak daripada tiga perkahwinan itu mendedahkan sudah lima tahun ditanggung dua isteri kerana muflis sehingga sukar mendapat pekerjaan. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk berusaha mencari pekerjaan bagi menyara keluarga dan melangsaikan hutang. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.