Bersyukur dapat bukti lebih awal, Bella Astillah luah rasa sedih bila lelaki yang dah hidup bersama 10 tahun sanggup komplot untuk jatuhkan dirinya

SEBELUM kecoh mengenai pendedahan perbualan dipercayai di antara Aliff Aziz dengan individu dinamakan sebagai ‘NRF’ tersebar, pelakon Bella Astillah terlebih awal sudah membaca semua mesej di aplikasi WhatsApp berkenaan. Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, memberitahu perkara itu didedahkan oleh kekasih gelap suaminya iaitu Sarah Yasmine ketika mereka bertemu baru-baru ini. “Apabila Sarah dedahkan perkara ini saya terkejut sebab ia lebih terperinci.

Segala yang ditunjukkan akan digunakan sebagai bukti tambahan untuk kes perpisahan kami,” katanya. Bella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UUM) di Petaling Jaya pada petang Rabu. Mengulas lanjut mengenai bukti diterima, Bella hanya mampu memendam perasaan kecewa apabila mengenangkan Aliff bersekongkol dengan wanita lain untuk menjatuhkannya. Sedih dengan pelbagai tuduhan dan cacian terhadapnya, Bella, juga tidak menyangka lelaki yang menjadi teman hidupnya sejak 10 tahun lalu tergamak melakukan perkara tersebut.

“Saya sangat kecewa sebab pasangan kita hidup bersama selama 10 tahun turut berkomplot… Memang terkejut apabila ada perbualan antara mereka yang ingin menjatuhkan saya. Perkara diperkatakan itu juga sudah lama dan ia fitnah yang terlalu besar,” katanya. Dalam pada itu, Bella yakin apa dilakukan Aliff dan Ruhainies adalah sebagai salah satu cara bagi melarikan tumpuan ramai susulan kes mereka dicekup berkhlwt pada 9 Mac lalu.

Tidak hanya itu, Bella mendakwa aktres itu juga dalang yang mendorong Aliff sekali gus mengeruhkan lagi hubungan mereka suami isteri. “Apa yang mereka katakan sebelum ini hanya untuk menutup kes khlwt. Saya juga boleh nampak Ruhainies yang paksa Aliff untuk lakukan semua ini,” jelasnya. Pada malam Rabu, Sarah mendedahkan pelbagai mesej perbualan Aliff dan NRF sehingga ia turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice.

Pendedahan itu dibuat selepas Sarah mengaku dia adalah kekasih Aliff dan terpanggil untuk mendedahkan identitinya selepas tidak tahan melihat aktor itu dihentam teruk susulan kes khalwat. Pada 13 Mac lalu Bella memfailkan pisah terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bagaimanapun semasa sebutan pertama kes tersebut Aliff enggan melafazkan talak atas alasan masih sayangkan isterinya itu.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *