Menghilang macam tu je, Didie Alias akui masih belum terbuka hati nak berjumpa dengan Enot

PELAKON dan usahawan Didie Alias masih belum terbuka hati untuk bertemu dengan Enot walaupun sahabatnya itu sudah menyatakan kesediaan untuk bertentang mata. Kata Didie atau Fadzilah Mohd @ Ali, 52, ketika ini dia sedang sibuk menguruskan pelbagai perkara selain menganggap konflik antara mereka itu bukan satu perkara yang perlu dipandang berat. “Tiada (rancangan untuk berjumpa). Saya sangat sibuk dan sekarang fokus kepada target. Untuk fikir benda ini saya kena tolak tepi. Saya juga tidak tahu dia masih menggunakan nombor yang sama ke dan saya tidak tahu dia tinggal dimana.

“Adakah dia masih di Malaysia? Atau tinggal di Australia atau German. Saya tidak tahu sebab dia pergi begitu sahaja,” katanya. Tambah Didie, di bulan Ramadan ini, dia juga sudah memaafkan sebarang kesilapan yang dilakukan oleh semua pihak terhadapnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.