Fathia Latiff muat naik gambar main basketball, tapi gambar menjolok mata buat warganet mengucap

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon sensasi, Fathia Latiff sering menjadi bualan hangat ramai berkaitan perubahan penampilannya yang sudah tampil tidak bertudung di khalayak ramai. Malah, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fathia di laman Instagramnya, dia yang berkongsi beberapa gambar sedang bermain bola keranjang telah menarik perhatian ramai.

Menerusi gambar tersebut, Fathia memakai pakaian ketat berwarna hijau hingga menampakkan lurah dadanya dan foto itu dikongsikan menerusi beberapa hantaran secara berasingan Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan menjolok mata pelakon yang berusia 37 tahun itu yang dilihat semakin berani mendedahkan auratnya di laman sosial.

Bukan itu sahaja, ada segelintir warganet yang sempat berseloroh meminta Fathia supaya tidak berkongsi hantaran yang mengundang kecaman memandangkan mereka sedang fokus terhadap isu Aliff Aziz pada ketika ini. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Fathia yang juga merupakan pelakon popular menerusi drama Ariana Rose mendapat hidayah Allah dan kembali menutup aurat seperti dahulu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *