Tular dokumen daftar syarikat di London atas nama Ruhainies, sekali gelaran puan pula yang jadi tanda tanya warganet

Kecoh di media sosial apabila sebuah hantaran tular yang mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sudah mendirikan rumah tangga. Menerusi perkongsian di TikTok, sebuah akaun mendedahkan nama pelakon itu didaftarkan untuk sebuah urusan perniagaan yang berpangkalan di London, United Kingdom. Menurut pendedahan bergambar itu, nama Ruhainies didaftarkan sebagai pengarah syarikat bersama individu lain yang dipercayai bekas kekasihnya.

Namun apa yang mengejutkan warganet adalah nama Ruhainies diletakkan dengan gelaran puan pada pendedahan berkaitan penubuhan syarikat kecantikan tersebut. Lebih sangsi, status syarikat tersebut pun sudah dibubarkan. Biarpun spekulasi tersebut sedang kencang bertebaran, sehingga kini pihak Ruhainies belum memberikan sebarang kenyataan dan bukti sah berhubung pendedahan tersebut. Terdahulu, kecoh apabila Ruhainies dan aktor kontroversi, Aliff Aziz ditangkap khlwt kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.