Niat cari rezeki untuk anak anak, Hafidz Roshdi luah ada yang menghina dia kerja sebagai penghantar barang

Pelakon, Hafidz Roshdi cuma cari rezeki anak2 namun telah dihina susulan kini bekerja sebagai penghantar barang. Menurut hantaran yang dibuat pelakon tersebut di Insta Story, dia mendapat tahu bahawa pekerjaannya kini telah dihina susulan sudah tidak kelihatan di kaca televisyen sesudah kontroversi yang berlaku awal tahun lalu. Ujarnya, dia gembira sahaja menjalani pekerjaan yang dilakukannya sekarang tetapi terbaca ada pihak yang menghina pekerjaannya.

“Saya happy kerja dengan Lalamove Malaysia. Tapi saya terbaca ada pihak yang menghina kerja saya ni. Apapun doakan saya terus sihat untuk berkhidmat demi pendapatan yang halal dan nafkah anak-anak…” tulisnya. Perkongsian yang dibuat pelakon itu pastinya mendapat perhatian selepas lama mendiamkan diri sejak isu penceraiannya menjadi luputan di Malaysia tahun lalu.

Dia yang kini sudah berumah tangga dengan wanita yang dikaitkannya sewaktu masih bersama Nurul Shuhada Mat Shukri nampaknya terlihat bahagia dengan isteri baru apabila berkongsi gambar berdua sewaktu hari raya kelmarin. Sekadar info, Hafidz Roshdi pernah berkahwin dengan Shuhada pada 30 April 2016 namun sah berpisah talak satu pada Julai 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata dikenali sebagai Humairah,6 dan Umar, 3. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.