SEORANG wanita tular di TikTok selepas dia berkongsi kisah duka yang berlaku ketika jamuan sekolah anaknya. Dakwa pengadu, spaghetti bolognese yang dimasak olehnya langsung tidak dijamah oleh murid-murid selepas ia diletakkan di bawah meja oleh seorang ustazah. “Anak kita baru darjah satu. Kali pertama dia merasa jamuan besar dekat sekolah macam ni. Permintaan dia nak bawa spaghetti bolognese, Alhamdulillah dapat mummy daddy tunaikan.
“Tak tidur mummy lepas shift ikat aiskrim, masuk dapur pula masakkan spaghetti merah dia. Isi spaghetti kuantiti sedang-sedang je sebab confirm ada banyak makanan lain, bagi sekali garfu senang budak-budak nak makan Ambil anak balik sekolah, tengok beg macam ni (masih ada makanan). Dia cerita ustazah ambil beg ni dan letak bawah meja. Jadi budak-budak tak nampak pun ada makanan ni sebab dekat bawah meja,” dakwanya.
Meskipun makanan yang dimasaknya langsung tidak terusik, wanita itu tidak melatah, sebaliknya dia mencari alternatif lain agar ia tidak terbazir begitu sahaja. Menurut pengadu, dia mengagihkan makanan itu kepada murid-murid yang sedang menunggu dijemput oleh ibu bapa dan ia habis dalam masa lima minit sahaja. “Alhamdulillah Allah maha baik. Mummy turun kereta, pergi dekat khemah budak-budak menunggu parents dan penjaga. Mummy offer spaghetti dekat budak-budak. Masing-masing serbu tak sampai lima minit habis.
Kalau ustazah tak sempat sangat pun susun, boleh bagi dia arahan untuk tolong susun makanan tu. Dia boleh susunkan. Letak bawah meja, siapa je yang nampak ada makanan dalam beg tu? Tapi niat baik Allah mudahkan, betul tak? Alhamdulillah Allah izinkan ada ramai lagi budak menunggu ibu bapa. Memang sekelip mata je mereka tolong habiskan makanan. Paling terharu, bekas terakhir, budak ni cakap terima kasih ya acik, moga Allah murahkan lagi rezeki acik lepas ni,” ceritanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi yang mereka pernah berdepan kejadian sama sebelum ini.
“Masa sekolah dulu mak saya masak nasi goreng butter tak ada orang sentuh pun sebab semua nak makan mi goreng. Sedih sebenarnya. “Mak aku pernah bangun pagi-pagi buatkan kuih seri muka untuk jamuan. Lepas tu dekat sekolah tak ada siapa sentuh. Sejak itu aku tak pernah bawa makanan kalau jamuan,” tulis beberapa warganet berkongsi pengalaman.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.