Status rumahtangga jadi tanda tanya warganet, ada sumber dedahkan suami Irma Hasmie dah kahwin baru

TIADA angin tiada ribut, suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer dipercayai telah berkahwin baharu. Perkara itu dedahkan sumber yang mengirimkan foto pernikahan pasangan berkenaan dirakam daripada Instastory dipercayai kenalan rapat pasangan tersebut. Bagaimanapun pengirim emel tidak menyatakan tarikh atau lokasi pernikahan Redza dengan wanita dikenali sebagai Fiza itu.

Menerusi salah satu foto yang diterima, dapat dilihat Redza mengenakan baju berona putih sedondon dengan pasangannya di atas pelamin. “Tahniah abang Redza dan kak Fiza. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” tulisnya menerusi kapsyen hantaran berkenaan. Foto kedua pula memperlihatkan Redza dilihat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isteri baharunya namun tidak dapat dipastikan bila kejadiannya.

Dalam foto tersebut, pasangan berkenaan dilihat mesra mengenakan baju sedondon berwarna hijau sambil berpegangan tangan. Sementara itu, usaha untuk mendapatkan kepastian Irma, 42, berhubung perkara ini tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab. Begitu juga pihak Redza yang turut tidak memberi respon ketika mStar cuba mendapatkan kenyataannya menerusi mesej di hantar di Instagram miliknya.

Sebelum ini, timbul dakwaan di mana rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023. Malah menerusi satu temu bual bersama pemberita, Irma enggan mengulas mengenai dakwaan dia dan Redza sudah berpisah kerana tidak mahu bercakap soal kisah peribadinya. Dia juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenai perkongsiannya di Instagram.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.