Video individu lepaskan hajat dekat parkir kereta, selamba je dia gunakan pintu kereta sebagai penghadang

Tular sebuah video memaparkan seorang wanita selamba buang hajat di kawasan parkir berdekatan dengan deretan kedai. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sekitar kawasan Bukit Indah, Johor Bahru pada Jumaat lalu, kira-kira jam 3.29 petang berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Menerusi video tular, jelas memaparkan seorang wanita dalam perjalanan menuju ke keretanya sebelum membuka pintu di bahagian pemandu serta pemandu. Dia kemudiannya dilihat mencangkung dengan menjadikan kedua-dua pintu kereta tersebut sebagai penghadang sebelum wanita itu buang ‘hajat’. Klik sini untuk lihat video.

Tidak lama kemudian, individu berkenaan cepat-cepat menyucikan diri dengan beberapa tisu sebelum masuk dalam kereta dan beredar dari kawasan itu. Maklum pengguna Facebook yang memuat naik video tersebut, kejadian tersebut berlaku bersebelahan dengan sebuah restoran. Ekoran itu, dia mempersoal tindakan wanita itu tanpa pergi ke premis berhampiran bagi meminjam tandas bagi membuang air besar.

“Apa pun, mungkin anda (pelaku) tidak faham (tahu), terdapat kamera litar tertutup  (CCTV) di hadapan anda. Video ini telah disunting tetapi ia tidak disunting secara berniat jahat. Ia hanya memotong beberapa bahagian bagi mempercepatkan proses,”maklum pengguna tersebut.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *