Kontraktor je tukar sampai 4 orang, Jep Sepahtu luah dah serik nak buat pengubahsuaian rumah

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu berkongsi pengalamannya membuat pengubahsuaian rumah. Menerusi temu bual di radio Sinar, Jep atau nama sebenar Muhd Nadzri Zainal Abidin, 39, akui serik apabila telah berkali-kali ditipu oleh kontraktor rumah yang berbeza. Malah, dia hampir mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor tersebut. “Saya serik nak renovate rumah. Ini cerita sembilan tahun lepas, kawan-kawan tanya rumah kau buat Taj Mahal ke? Tukar kontraktor je dah empat orang. Empat-empat menipu. Sakitnya kepala. Klik sini untuk lihat video.

Yang kontraktor kelima pun siapkan dalam keadaan yang tak syok sampai saya dah nak hire peguam. Saya pernah buat laporan polis juga sebab duit dah ambil. Kita dah lah susah cari duit. Kita sakit hati bila tarikh yang dijanjikan tak buat lepas tu tangguh lebih daripada setahun sampai saya dah segan dengan penduduk-penduduk dekat situ.” Menurutnya, pembayaran sudah dilakukan namun kelima-lima kontraktor culas menyiapkan pengubahsuaian itu.

“Penat tu jadi bergdh. Padahal kita dah bayar tapi tak buat. Kerjanya asyik nak claim. Tu benda yang paling saya serik. Bila masa nak claim rasa macam esok boleh siap. Bila dah bagi, ditangguh, tangguh. Kita bagi duit sebab tak nak pening-pening, tahu dah siap. Tapi saya dah beberapa kali bayar tetap tak siap. Bila cerita hati pun masih rasa sakit lagi. Maknanya kelima-lima kontraktor tu tak jumpa jalan penyelesaian. Sampai kan kontraktor tu tinggalkan macam tu je terpaksa bagi kawan-kawan minta touch-up sana sini sikit.”

Sementara itu, Jep memberitahu dia ada bersemuka dengan salah seorang kontraktor tentang duit yang telah dibayar. “Sampai saya cakap dengan dia (kontraktor) ‘cakap jelah kau dah termakan duit ni’. Menangis air mata dia jatuh. Saya kata kalau dia dah terpakai duit tu untuk beli barang-barang keperluan anak, beritahu je saya halalkan. Saya minta siapkan saja mana boleh siap. Terus jatuh air mata dia. Lepas tukar kontraktor lain ingat dah selamat dah, sama juga. Kalau nak beli rumah beli yang dah siap je tak payah fikir nak renovate. Sakit kepala.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.