Minta orang ramai berhati hati sebab ada kalimah Allah pada We Bare Bears, sekali ramai pula yang sekolahkan individu ni

Tular di laman sosial apabila seorang individu mendakwa ada kalimah Allah pada ‘We Bare Bears’ sehingga undang perhatian ramai. Dakwaan tersebut telah dimuat naik oleh individu berkenaan menerusi Facebook @Kuala Terengganu Residen yang meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membeli pakaian untuk anak-anak.

“Saya nk bagitahu semua warga Terengganu, kalau nak beli dekat KTCC tu molek-molek sikit, ini kena dekat batang hidung saya sendiri masa beli tak tengok molek tepi baju. Baju ni saya beli kat KTCC bahagian pacific, cuba sek mung tengok molek lambang tu, memang betul nama Allah SWT,” dakwanya. Sehingga kini, hantaran tersebut yang dimuat naik oleh pengguna X @AbdQuddusMatIsa mendapat lebih 10,000 tanda suka selepas sehari dikongsikan di aplikasi itu.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet selar dakwaan individu tersebut kerana pakaian Cheetah yang berkolaborasi dengan kartun We Bare Bears hanyalah sekadar huruf biasa dan bukannya kalimah Allah. Dalam pada itu, ramai yang menitipkan nasihat kepada individu tersebut bukan semua perkara boleh dijadikan sebagai isu memandangkan kartun tersebut sudah lama bertapak dalam industri hiburan.

Sumber: Omm.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.