Pemilik kedai sangka kan pelanggan hanya bergurau, rupanya betul betul dia dtang kedai makan naik helikopter

Seorang lelaki tidak terkejut apabila menerima panggilan telefon yang memaklumkan ada pelanggan datang naik helikopter ke kedai makan miliknya. Menerusi satu perkongsian di Facebook, pemilik kedai makan itu, Zaidi Hassan berkata dia berfikir rakannya yang menelefon hanya bergurau. “Terkejut dapat call tanya nak datang Dangau nak makan tengahari tapi naik helikopter. Mula-mula saya ingat ada kawan melawak. Tapi dia cakap dalam 15 minit lagi sampai.

Lepastu dengar pula bunyi helikopter makin dekat an rendah, tudia nampak heli macam Airwolf woo, lawa. Terima kasih makan singgah,” katanya di ruangan kapsyen. Pada video itu, kelihatan sebuah helikopter jenis N365RT AS365 Dauphin sedang mendarat berdekatan dengan kedai makan Dangau Langkawi. Sementara itu, dalam satu temubual bersama Kosmo, Zaidi berkata helikopter itu tiba di kira-kira pukul 2 petang dan meluangkan masa selama sejam untuk menikmati makan tengahari di kedainya.

“Mungkin mereka tertarik dengan cara hidangan tradisional Melayu di YouTube atau TikTok saya yang membuatkan mereka ingin datang ke Dangau Langkawi, tetapi cara mereka datang kita katakan cara kayangan,” ujarnya. Tambah Zaidi, kira-kira tujuh individu menaiki helikopter termasuk juruterbang dan mereka disertai kenalan yang datang dalam dua kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang terhibur dengan kehadiran pelanggan tersebut yang sanggup menaiki helikopter semata-mata mahu ke kedai makannya. Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan pergerakan helikopter tersebut ke lokasi kedai makan mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

“Penerbangan dan pendaratan tersebut dalam pengetahuan dan kebenaran kawalan trafik udara (ATC) Langkawi,” jelasnya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.