Kecoh khabar angin isteri kini hamil, tak boleh berdiam sekali ini pula penjelasan dari Sabri Yunus

Pelakon senior, Sabri Yunus bersuara mengenai khabar angin yang mendakwa isterinya, Angelina Tan berbadan dua oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, baru-baru ini. Menurut laporan Berita Harian, pelakon yang berusia 62 tahun itu turut terhibur dengan perkara tersebut dan menganggap ia fitnah paling melucukan. Mana tidaknya, disebabkan khabar angin tersebut, dia telah menerima pelbagai soalan daripada rakan terdekat demi mendapatkan pengesahan.

Hari paling kelakar sepanjang enam bulan yang lalu. Viral cerita fitnah paling kelakar. Kepada orang yang memulakan isu ini tidak rasa bersalah atau tak rasa berdosa pun? Dan juga kepada yang menyambut dan menyambung viralkan cerita ini tidak kah dia rasa yang serupa (bersalah)? Bukan apa, puas nak menjawab pada kawan-kawan yang bertanya mahu pengesahan. Ada kawan kata ‘tidak apa berita baik’. Hahaha saya kata tak baik, itu fitnah,” ujar Sabri.

Dalam pada itu, Angeline Tan nafi dakwaan sedang hamil seperti mana yang ditularkan di media sosial dan tidak mengetahui dalang yang memulakan spekulasi tersebut. “Tidak betul, berita yang tersebar itu adalah palsu. Saya tidak tahu siapa punya kerja yang keluarkan berita begini. Pandai sahaja dia reka cerita palsu,” kata Angeline. Sekadar info, Angelina Tan dan Sabri Yunus selamat disatukan sebagai suami isteri pada 13 Oktober tahun lalu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *