Tular gambar lama Bella Astillah dengan pelakon muda, sekali ini penjelasan dari Caprice

Sejak semalam lagi, tular berkenaan gosip Bella Astillah yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon muda, Muaz Zabir. Isu berkenaan mengundang pelbagai persoalan warganet dan Bella Astillah sendiri menerusi satu sidang media membuat penjelasan berkenaan isu tersebut. Menurut Bella, hubungan dengan Muaz hanyalah semata-mata mahu membuatkan suaminya, Aliff Aziz cemburu, yang mana pada ketika itu sedang tak setia dengan dua wanita lain.

“Sebenarnya saya mengetahui perkara ini sejak semalam. Rakan terdekat dan netizen pun bercakap. Saya faham perkara ini juga secara mendadak, tapi warganet boleh fikir esok adalah sebutan kes perpisahan saya, mengapa sekarang? Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lalu. Ia sudah lama dan niat saya mahu membuatkan suami cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang kepada Aliff. Jadi, saya gunakan seseorang untuk buat suami cemburu kerana pada ketika itu Aliff tak setia bersama dua wanita lain.

Tak perlu saya sebut nama. Saya nak perhatian dan dengan cara itu, saya harap Aliff beri perhatian dan cemburu,” katanya. Bella walau bagaimanapun mengakui niatnya tidak baik dan kesilapan tersebut juga diketahui Aliff serta keluarga. Perkara tersebut mendapat perhatian rappers dan aktivis, Caprice yang mengulas isu ini di laman media sosialnya. Menurut Caprice, perbuatan curang sama ada dilakukan oleh kaum lelaki mahupun perempuan tak kiralah berapa kali sekalipun adalah sesuatu perkara yang salah.

“Kalau korang masih ada status suami orang, isteri orang, kalau korang curang benda itu tetap salah. Salah tetap salah. Tak kiralah apapun alasan. Dan bagi orang yang nak ambil side, side perempuan ke, side lelaki ke, korang semua tak faham apa hukum dalam Islam. Apa hukum bila tak setia walaupun masih status berkahwin,” katanya. Video itu menerima pelbagai komen daripada warganet yang mana ada di antaranya menyokong kenyataan Caprice dan ada pula mengatakan yang Bella wajar melakukan perkara tersebut setelah 11 kali dicurangi.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.