Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur diatas pencapaian cemerlang anak sulungnya iaitu Airit Rayyan Rizqin yang memperoleh gred tertinggi, 3.99 bagi peperiksaan tingkatan dua semester dua. Menerusi hantaran di Instagram, Rita mengucapkan tahniah kepada Rayyan dan rakan-rakan serta berterima kasih kepada gurunya. “Alhamdulillah syukur pada Allah tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi, tapi kali ni dekat SUBES pula. Tahniah, Mommy akan pastikan anak-anak Mommy cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Klik sini untuk lihat video.
Doa Mommy selalu bersama anak-anak. Terima kasih Ustazah Norfaiza. Tahniah Ryan, kawan-kawan dan ustazah.” Lebih terharu lagi apabila Rayyan mendedikasikan ucapan buat ibu tersayang. “Terima kasih Mommy sebab daripada kecil sampai besar Mommy jaga Rayyan, daripada Rayyan baby Mommy ajar jalan sampai Rayyan dah dapat 3.99 ni. Sikit lagi nak dapat straight A+ tinggal satu sahaja dapat A- dan 3.99 ni sebagai hadiah birthday Mommy. Semester akan datang Rayyan akan cuba dapat 4.00 untuk Mommy.”
Selain itu, di dalam video tersebut memaparkan Rayyan dan para pelajar diraikan dalam satu majlis kecemerlangan dan menerima sijil kecemerlangan daripada Maktab Rendah Sains Mara. Sekadar info, Rayyan kini merupakan pelajar di MRSM Sungai Besar (MRSM SUBES) iaitu sebuah sekolah berasrama penuh yang menawarkan program Ulul Albab kepada pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan lima.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.