Tular gosip tentang ada hubungan dengan Muaz Zabir, Rita Rudaini tampil beri kata kata semangat buat Bella Astillah

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba timbul dakwaan pelakon dan penyanyi Bella Astillah mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon baharu iaitu Muaz Zabir. Terbaharu, pelakon Rita Rudaini dilihat memberi kata-kata semangat kepada Bella menerusi hantaran di Instagram Story (IG) sebentar tadi. Menurut Rita, pihak yang menyebarkan tentang perkara tersebut didakwa mempunyai niat yang tidak baik terhadap Bella.

“Bella jalan terus, yakinlah Allah ada dengan awak. Orang yang dikejar bayang-bayang ini memang akan cuba sedaya upaya sehabis mungkin untuk membuat macam-macam cerita. Takkan habis sebab bayang-bayang itu akan kejar dia orang sampai kiamat. Chill je. Bella nikmati hidup awak dengan anak-anak. Orang macam tu memang sampai kiamat pun takkan mengaku salah, lagi nak cari jalan dan cuba nak cari geng untuk twist supaya orang lupa kisah mereka. Tuhan tu maha adil.”

Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar turut menasihati aktres kecil molek itu supaya mengendahkan khabar angin dan terus menjalani kehidupan serta bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. “Satu pesan saya, jaga amanah Allah sehabis baik. Tak payah risau tak ada pasangan untuk jaga kita sehingga tua kerana kita ada yang lebih hebat yang sentiasa menjaga kita sampai bila-bila iaitu Allah yang maha pengasih. Jalan terus Bella, jangan risau luka awak Allah yang akan ubati.”

Tinjauan mendapati Bella juga mengulang siar (repost) hantaran tersebut di akaun IG miliknya. Terdahulu, tersebar foto mesra yang didakwa mirip Bella dan Muaz. Bukan itu sahaja, tangkap layar perbualan romantis mereka juga turut dimuat naik di TikTok. Bagaimanapun, rata-rata warganet berkata tindakan menyebarkan dakwaan tersebut dilakukan adalah semata-mata untuk menjatuhkan reputasi Bella dan Muaz.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.