Selalu Oyen yang buat hal, video kali ini aksi ibu kucing potong barisan dekat imigresen buat ramai yang terhibur

Ramai sudah sedia maklum dengan perangai si kucing Oyen yang selalu buat perkara yang aneh-aneh. Mana taknya, tiba-tiba sahaja suka memanjat sana sini dan pasti ada sahaja perangainya yang membuatkan orang pening kepala. Tetapi lain pula yang terjadi dengan ‘adik-beradiknya’ yang berwarna kelabu ini.

Dua hari lepas, seorang pemuda telah berkongsi sebuah video di akaun Tiktok miliknya. Rakaman tersebut dipercayai telah dibuat di dalam sebuah pejabat imigresen ketika lelaki berkenaan bersama beberapa individu sedang menunggu giliran. Namun tanpa disangka, muncul seekor ibu kucing sedang mengusung anaknya dari arah belakang menuju ke kaunter utama tempat berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

Beberapa kali juga si ibu terpaksa berhenti kerana ingin membetulkan gigitan pada leher anaknya. Sebaik sahaja tiba di kaunter, tanpa berlengah ia terus melompat naik sebelum bertindak meloloskan diri ke bahagian belakang tempat tersebut. Sedar akan keadaan itu, seorang pegawai yang kebetulan berada di situ hanya membiarkan sahaja aksi kucing tersebut tanpa berniat untuk menghalang.

Video yang berdurasi hampir 14 saat ini berjaya mencuit hati netizen. Rata-rata terhibur dengan situasi tersebut dan ada yang sempat berseloroh mengatakan si ibu ingin membuat passport namun ingin cepat kerana anak sudah mula menangis.

Sumber: Kisah Dunia. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *