Perkongsian di TikTok milik anak kepada salah seorang yang pergi menghadap illahi dalam kejadian helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa mengundang rasa sebak. Anak kepada Allahyarham Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang dikenali sebagai Aizad berkata hasratnya untuk menikmati kek ulang tahun kelahiran bersama arwah bapa tidak kesampaian. Klik sini untuk lihat video.
“Papa, semalam (Rabu) birthday Aizad, baru nak makan kek sama-sama dengan papa. Terima kasih hero keluarga dan perwira negara.” Dalam hantaran sama, Aizad turut berkongsi beberapa foto bersama arwah. Sementara itu, menerusi perkongsian berbeza, dia mengucapkan terima kasih kepada arwah bapanya yang telah berjasa kepada keluarga dan negara di samping mendoakan agar ditempatkan bersama golongan beriman.
“Terima kasih papa kerana menjaga makan minum kami satu keluarga. Terima kasih juga menjadi hero kami. Kami sayang papa. Tunggu kami di syurga. Semoga tenang di sana (akhirat).” Sekadar info, arwah Mohd Shahrizan yang memegang jawatan sebagai Pegawai Waran II TMK antara yang 10 orang yang pergi menghadap illahi selepas terlibat dalam kejadian dua buah helikopter milik TLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.