Terkini 2 helikopter Angkatan Tentera Malaysia bertembung sebelum terhempas di Kem TLDM Lumut

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya tiga terkrbn selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, helikopter berkenaan dipercayai sedang menjalani latihan. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kejadian 9.50 pagi sebelum dua jentera dikejarkan ke lokasi. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Pegawai Operasi JBPM Perak, Saiful Rizan Sulaiman berkata, berdasarkan laporan dua helikopter bertembung dan terhempas di lokasi. “Helikopter pertama jenis AS5530 membabitkan tiga mngs dengan dua daripadanya sudah keluar manakala seorang tersepit. Namun ketiga-tiga mngs disahkan pergi menghadap illahi.

“Helikopter kedua jenis Pheonix (AW1139) membabitkan tujuh mngs dan operasi mengeluarkan kesemua mngs sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, TLDM ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian. Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *