Daftarkan adik untuk ambik lesen, Ubai Mz terkejut bila tengok harga lesen memandu makin mahal

Pempengaruh media sosial, Ubai terkejut melihat harga lesen memandu sewaktu pergi ke sebuah agensi bagi mendaftarkan adiknya bagi mendapatkan lesen kereta. Ubai yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah berkata, dia akui terkejut melihat harga lesen memandu yang dinyatakan pada sekeping kertas. Dia yang terkejut dengan situasi berkenaan telah berkongsi momen terbabit di platform X termasuklah memuat naik harga yang dikenakan oleh sekolah memandu tersebut. Maklum Ubai, apa yang membuatkan dia terkejut adalah harga lesen kereta auto adalah berharga RM2,700.

“Tadi bawa adik pi daftar sekolah memandu. Harga lesen kereta auto RM2,700. Kenapa harga lesen kenderaan ni makin lama makin mahal ya?” soalnya. Ubai berkata, dia masih tidak faham dengan harga tersebut terutama buku panduan belajar memandu juga diberikan dalam bentuk PDF sahaja. Bagaimanapun, pempengaruh berusia 26 tahun itu terpaksa menerima kerana sudah membuat bayaran deposit sebanyak RM900.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet berpendapat harga yang dinyatakan itu adalah mahal dan tidak setimpal dengan buku panduan PDF.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *