PENYANYIÂ Zahid Baharudin berputih mata apabila kehilangan wang berjumlah RM4,250 dari akaun e-wallet milik isterinya iaitu Nurul Shuhada. Kata Zahid atau Ahmad Zahid Baharudin, 44, kejadian itu turut memberi kesan terhadap emosi mereka tatkala kini dalam persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. “Memang tiada perasaan nak raya. Dalam kereta dengar radio mainkan lagu raya pun tak boleh. Klik sini untuk lihat video.
“Saya tidak halalkan orang yang guna duit itu,” katanya. Zahid meluahkan perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad. Kehilangan wang tersebut disedari oleh isteri Zahid pada Sabtu lalu ketika awal pagi selepas mereka bangun daripada tidur. “Bangun tidur saya lihat isteri menangis, lepas itu dia hubungi bank dan kemudian beritahu duit hilang dalam akaun e-wallet. Ini memang kerja ‘musibat’ sebab dia tahu hari gaji.
“Habis sebulan kumpul duit nak raya. Jadi kepada semua janganlah hubungkan e-wallet dengan akaun bank sebab kes ini dah banyak terjadi,” ujarnya. Zahid juga memaklumkan dia sudah membuat laporan polis berhubung pekara berkenaan. Sementara itu menerusi perkongsian di Instastory, Shuhada turut meluahkan rasa kesal akan kejadian yang tersebut kerana wang berkenaan sepatutnya digunakan bagi perbelanjaan bulanan. “Kalau RM40 atau ratus boleh pejam mata… ini RM4,250. Licin habis akaun aku.
“Aku ada komitmen nak bayar rumah, kereta. keluarga di kampung, makan, minyak dan tol… semua itu siapa nak tanggung? Ada yang komen tiada rezeki saya. Tetapi itu mencri duit hasil titik peluh orang. Kalau tak boleh tolong cukup dengan doa, bukan cakap perkara yang menyakitkan hati,” luahnya. Shuhada turut berkongsi penggodam yang ambil duit berkenaan membuat transaksi secara berperingkat bermula dari awal lewat malam Jumaat sehingga awal pagi Sabtu tanpa disedari olehnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.