Nampak macam ada sinar, Adira tolong Datuk Red promosikan biskut raya

Sebelum ini, penyanyi dan usahawan, Adira Suhaimi memuji semangat suaminya, Datuk Red yang berusaha keras mahu bangkit kembali mengubah kehidupannya. Menerusi perkongsian di Instagram, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira binti Suhaimi bersama anaknya, Anggerik dilihat tidak lokek mempromosikan produk jualan Datuk Red iaitu biskut raya. “Kita sokong Datuk Red jual biskut raya. Esok (hari ini) boleh dapat di ‘beg kuning’.” Apa yang menarik perhatian ramai, apabila pelantun lagu ‘Lara Lagi’ itu sempat bergurau dengan memuji Datuk Red kelihatan masih kacak di matanya. Klik sini untuk lihat video.

Sementara itu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata di siaran langsung TikTok, kuih raya tersebut boleh dibeli di aplikasi TikTok bermula hari ini sekitar 4 petang. Dalam pada itu, Datuk Red akui terharu kerana Adira sudi mempromiskan produk perniagaanya. “Korang tengok, tadi dia (Adira) ada post video (promosi kuih raya). Ada nampak lah sinar tu. Haraplah, terima kasih tuan puan yang mendoakan.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.