Kerja keras sebab nak bagi hidup selesa, Abby Abadi kongsikan tentang perih jerih ketika besarkan anak anak

Sebagai seorang ibu, pelakon Abby Abadi, sanggup berkorban demi keselesaan dan kebahagiaan anak-anaknya. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya, Marissa Dania. Paling menarik perhatian adalah, perkongsian Abby di ruangan kapsyen tentang perih jerihnya ketika membesarkan anak-anak. Klik sini untuk lihat video.

“Beginilah dia Marissa Dania. Mama tengah sembang pun dia nak tutup mulut supaya diam padahal orang depan mama tanya kenapa anak-anak kita semua putih je. Saya jawablah anak-anak saya tak main panas, duduk aircond 24/7 . Nampak mcm T20 je duk aircond 24jam kan? Itulah dia pengorbanan mama dan abah yang anak-anak kena tahu. Kami kerja keras tau nak anak-anak selesa, hidup macam orang kaya walaupun.. “

Justeru, Abby menitipkan nasihat untuk cahaya matanya dan semua yang bergelar anak supaya menghargai jasa ibu bapa dan keluarga. “Dah duduk sendiri, dah ada anak-anak, dah kena bayar itu ini, baru faham nanti. Jadi semua yang membaca ini termasuk anak-anak saya, jangan berhenti doakan untuk mak ayah kita okay. Semua orang boleh datang dan pergi tapi mak ayah, adik beradik, terikat dengan ikatan darah. Semoga bersama hingga ke syurga Allah. Amin.

Anak-anak dibawah jagaan saya ada enam orang. Anak suami ada tiga,  jadi semua sembilan orang. Syukur Alhamdullillah. Nampak semua berusaha untuk jadi hamba Allah yang baik, yang mendirikan solat, menjaga aurat. Semoga Allah mudahkan semua urusan anak-anak ini dunia akhirat.” Dalam pada itu, pelantun lagu Tamparan Wanita ini turut memberi pesanan kepada semua individu di luar sana supaya tidak mencari kekhilafan orang lain.

“Ps: Kurangkan mencari salah orang. Sama-sama belajar untuk ambil pengajaran pada ujian yang Allah hadiahkan pada orang lain agar kita boleh memilih untuk tidak melalui ujian yang sama. Banyakkan berdoa agar kita sentiasa dalam reda dan kasih sayang Allah. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan okay.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.