Hubungan penyanyi, Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu kelihatan sangat akrab meskipun sudah berpisah. Menerusi sebuah video siaran langung di TikTok, Adira meminta Datuk Red untuk meneka apa yang dia lakukan ketika pergi ke kedai emas. “Awak masuk kedai emas, awak duduk lepastu mereka akan bagi air kotak.. lepas tu dia suruh orang membeli. Klik sini untuk lihat video.
“Awak nak cerita apa sebenarnya ni? Haa ni ada warganet tanya, ada orang mengorat ke?”,” soal Datuk Red. Pelantun lagu popular Illusi ini menjawab dengan mengusik Datuk Red mengatakan ramai yang mengoratnya selepas kembali ‘solo’. ‘Tak, kalau cerita pasal mengorat… kat mana-mana ada, ramai je mengorat…,” usik Adira kepada Datuk Red yang membaling ‘earphone’ kepadanya seolah-olah menunjukkan tanda cemburu.
Adira lantas tidak dapat menahan diri daripada ketawa dek aksi spontan Datuk Red itu yang terus menunjukkan tanda merajuk dengan tinggalkan bekas isterinya mengendalikan live tersebut seorang diri. “Baru nak cakap dah beli cincin emas nak kahwin lagi… Tak sempat dia dah lari. Tapi cerita dia saya kalau masuk kedai emas pantang kalau tak beli, itu je nak cerita.. saja nak dia suruh dia teka,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat Adira yang mengusik Datuk Red. Dalam pada itu, ada pula warganet yang menanggap pelantun lagu Takdir Tercipta itu memberi ‘hint’ untuk mereka rujuk kembali. Sekadar info, Adira dan Datuk Red sah berpisah talak satu pada 23 April lalu. Selepas 21 hari, Datuk Red dan kemudian berpisah dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila.
Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.