Lama menyepi lepas podcast, Aliff Aziz ucapkan terima kasih pada ibu dan hargai semua yang dh dilakukan

Pelakon sensasi, Aliff Aziz ucap terima kasih kepada ibu menerusi Insta Story miliknya dengan memuat naik semula posting berkenaan perkara-perkara yang seorang ibu tidak pernah memberitahu kepada kita semua Dalam hantaran yang dibuat satu akaun Instagram dikenali sebagai thesunnahgus, 10 perkara yang tidak pernah diberitahu seorang ibu demi memastikan keluarganya berada dalam keadaan tenang. “Thank you for everything umi,” tulisnya.

Hal tersebut adalah tindakan seorang anak yang membuatnya menangis, keinginan seorang ibu yang sebenarnya mahukan potongan terakhir kek, hatinya terluka setiap kali seorang anak bertindak biadab, mengetahui bahawa dirinya sebenarnya tidak sempurna dan hatinya hancur setiap kali melihat anak menangis. Selain itu, seorang ibu juga kerap melihat anaknya sewaktu tidur, suka apabila anak-anak memeluknya setiap masa, sentiasa mendoakan yang terbaik buat ahli keluarga, letakkan anak ditempat pertama sebelum dirinya serta dia akan melakukan semua ini setiap masa.

Sepuluh perkara tersebut pastinya membuatkan seorang anak berasa hiba apabila sebenarnya ibu juga manusia biasa yang berkeinginan akan sesuatu. Namun, wanita tersebut memilih untuk mendahului anak-anak kerana begitu menyayangi mereka. Kapsyen ringkas Aliff Aziz yang mengucapkan terima kasih buat ibunya, Siti Hafiza pastinya menjadi perhatian memandangkan aktor itu semakin jarang berkongsi tentang aktiviti harian susulan kontroversi yang melanda sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Terdahulu, ibu kepada selebriti asal Singapura itu kerap berkongsi kata-kata hikmah di media sosial sebagai perkongsian ilmu bersama buat audiens serta dirinya sendiri. Namun begitu, selepas isu panas melibatkan anaknya semakin menjadi bualan, Siti Hafiza dilihat menyahaktif akaun Instagram. Aliff juga sudah jarang berkongsi sebarang aktiviti di media sosial dan kali terakhir adalah sewaktu muncul di sebuah podcast dengan berkongsi serba sedikit tentang kontroversi yang sedang melanda dirinya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.