Akan langsungkan pernikahan hari ni, Azlan Ishak serahkan RM1000 sebagai mas kahwin pada isteri

Pasangan tular gayakan busana putih tajaan rakan pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al Maarufi, Kota Seberang, Kuala Kedah secara ringkas. Memetik laporan, Mohd Azlan Ishak, 36 memaklumkan yang dia dan Nor Hidayu Salim disatukan pada 5.30 petang tanpa sebarang persiapan dan hanya menggayakan baju Melayu berwarna putih tajaan daripada rakannya sahaja.

“Insya-Allah saya akan dinikahkan 5.30 petang ini. Tiada persiapan apa-apa, cuma kami akan pakai baju warna putih. Ada kawan yang sponsor” Ujarnya lagi, petang ini hanya majlis pernikahan sahaja dan tiada kenduri atau wang hantaran disediakan. Namun, dia akan memberikan RM1,000 kepada isteri sebagai mas kahwin. “Petang ini akad nikah semata-mata, tiada majlis makan-makan. Untuk akad nikah, saya tak sediakan wang hantaran. Cuma saya beri mas kahwin RM1,000.

“Dulang hantaran pun tiada, kami buat yang wajib saja,” ujar Azlan. Tambahnya, dia tidak merasa gementar untuk bernikah dan melakukan ini semua demi kebaikkan di masa hadapan terutamanya untuk anak-anak. “Ini first time saya akan kahwin. Saya rasa okey lagi setakat ni, tak rasa gementar. Lagi pun saya buat benda ni untuk anak saya,” ujarnya. Walau bagaimanapun, dia dan Hidayu merancang membuat kenduri kecil-kecilan antara keluarga pada 4 Jun nanti.

Untuk rekod, pasangan tersebut tular selepas membawa anak mereka yang berusia 11 bulan menaiki motosikal dengan alat bantuan pernafasan khas. Perkara itu telah meraih simpati ramai sehingga Perdana Menteri Malaysia turut menghulurkan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung. Ternyata disebalik cerita keluarga mereka terdapat ‘plot twist’ yang mengejutkan ramai apabila pasangan tersebut didapati belum berumah tangga dan bukan pasangan suami isteri.

Susulan daripada itu pasangan terbabit mengakui tentang perkara berkenaan dan memaklumkan akan bernikah dalam masa terdekat dengan kadar segera selepas kisah mereka menjadi bualan ramai.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.