Tak sia sia kerap buat solat hajat, Kak KM luah rasa bersyukur anak lelaki dapat keputusan cemerlang untuk SPM

PERKONGSIANĀ video usahawan sensasi Kak KM menemani anak lelakinya mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada pagi Isnin menarik perhatian ramai. Dalam rakaman video itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli dilihat terlalu gembira sehingga menitiskan air mata ketika menerima keputusan berkenaan. Kata Kak KM, dia bersyukur kerana anaknya iaitu Mohd Faris menerima keputusan cemerlang iaitu memperoleh 6A. Klik sini untuk lihat video.

Walaupun tidak memperoleh semua A, Kak KM tetap berbangga dan keputusan berkenaan sudah pun memadai. “Alhamdulillah, syukur dia memang anak yang bijak. Tak sangka dia berjaya dapat 6A. Saya lega sangat walaupun tak dapat semua A tapi itu pun dah cukup bagi saya,” katanya ketika dihubungi. Berkongsi kejayaan Faris itu, Kak KM berkata dia sekeluarga kerap melakukan solat hajat bagi mendoakan kejayaan anak keduanya itu.

“Faris memang betul-betul belajar hari-hari, sampai tak tidur malam. Kami pun buat solat hajat hari-hari untuk dia. Dia satu-satu anak lelaki saya. Saya pun selalu cakap yang dia adalah harapan saya, itulah yang buat dia tertekan,” ujarnya. Untuk info, seramai 395,870 calon SPM 2023 menerima keputusan masing-masing pada Isnin. Jumlah tersebut melibatkan kesemua calon yang telah menduduki peperiksaan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara sebelum ini.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.